X

Kindly register in order to view this article
!

Jemu mainan politik keluarga Anwar

Jamawi Jaafar
Jamawi Jaafar
A
A

PERMATANG PAUH - [KEMASKINI] Pengundi muda dijangka mula beralih arah dengan menyokong calon BN kerana sudah jemu dengan retorik politik keluarga bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu,  telah beralih arah kepada Umno kerana  bosan dengan politik keluarga Anwar. “Mereka berkata, Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi,” katanya. Menurut Jamawi, BN mempunyai potensi besar untuk menang di PRK Permatang Pauh dengan mengemukakan calon yang lebih berwibawa tetapi perlu menggunakan strategi yang baik. Sementara itu Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Muhammad Razlan Rafii berkata, Wan Azizah bukan nama asing dalam arena politik tanah air namun keupayaan beliau dipertikai kerana gagal memimpin rakyat. Beliau berkata, jika dilihat pada rekod-rekod lampau beliau sebelum ini, jelas tidak menunjukkan apa-apa pencapaian terbaik terutama di Parlimen Permatang Pauh ini.

"Setelah memegang jawatan untuk beberapa tahun, kemudian beliau serahkan kerusi Parlimen ini kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan daripada penjara," katanya.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di Dun Kajang apabila beliau lebih selesa menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya. "Selepas memenangi PRK Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini, tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan," katanya. Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin pula berkata, Dr Wan Azizah adalah muka lama dan calon kitar semula yang sudah hilang kredibiliti, malah penampilannya di beberapa program tiada sambutan. "Keputusan untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh memang sudah dijangka dan ini adalah  peluang terbaik untuk BN memenangi semula kerusi tersebut," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!