X

Kindly register in order to view this article
!

Isu Kedah: Phahrolrazi serah pada Pas Pusat

Phahrolrazi Zawawi
A
A

ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyerahkan nasibnya kepada Pas Pusat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan diputuskan dalam mesyuarat parti yang akan dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, termasuk semua anggota jawatankuasa kerja pusat, malam ini.

Menurutnya, selagi persetujuan belum dicapai, adalah tidak sesuai untuk beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pendiriannya terhadap isu berbangkit, kerana mahu tahu terlebih dahulu keputusan Pas Pusat.

“Saya serah pada Pas Pusat dan kita tengok keputusan macam mana dulu. Selepas persetujuan dicapai atau keputusan telah diputuskan, saya akan respons terhadap isu ini,” katanya ketika dihubungi.

 Mengulas mengenai persediaannya berdepan dengan jawatankuasa itu, Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah berkata, dia sudah bersedia dengan hujah-hujahnya untuk dibentangkan berdasarkan pendiriannya itu.

Saya kena bentang alasan saya atas tindakan yang saya ambil. Saya akan kemukakan hujah kenapa saya buat begitu. Biarlah masing-masing kemukakan hujah masing-masing, Pusat nilai dan buat keputusan,” katanya.

Mengulas mengenai kata dua yang diberikan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah sama ada ianya ditarik balik ekoran campur tangan Pas Pusat, Phahrolrazi berkata, ianya adalah keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat pas kawasan itu, dan tidak boleh ditarik balik.

“Itu keputusan mesyuarat, jika Amiruddin tidak mahu bersama Pas Kuala Kedah, dia boleh jadi ahli pas kawasan lain sekiranya tetap mahu bersama Menteri Besar,” katanya.

Berkaitan pendirian Amiruddin yang sekali lagi menyatakan hasrat tidak akan melepaskan jawatan Exco, Phahrolrazi enggan mengulas lanjut.

 “Saya belum tengok surat jawapan beliau jadi tak wajar komen, tak tahu apa isi kandungan surat itu,” katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus