X

Kindly register in order to view this article
!

Henti bersikap seperti pembangkang

Dr Azman Ibrahim
A
A

KUALA TERENGGANU – Pas mempersoalkan sikap kerajaan PH yang dilihat masih dengan mentaliti pembangkang walaupun sudah dipilih menjadi kerajaan apabila tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya banyak ‘bersuara’ melalui media.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan PH lebih suka memindahkan kuasa mereka kepada media walaupun kuasa sudah ada di tangan.

“Bercakap itu ini berdegar-degar dan bukannya hendak bertindak. Dalam sidang media menteri, masih ada lagi acara angkat plakad. Tidak puas lagi main plakad?

“Paling menjengkelkan bila menteri merapu kepada media dalam isu Tabung Haji (TH),” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion, langgar akta TH 1995]

Exco kerajaan negeri itu berkata, kerajaan tidak wajar merosakkan institusi TH secara keseluruhan sebaliknya membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan sekiranya wujud salah tadbir urus atau pecah amanah.

Ini kerana katanya, falsafah dan objektif penubuhan TH adalah betul dan institusi itu mampu melaksanakan tugas dengan tepat bagi menjaga kepentingan jemaah haji.

“Ini antara aset umat Islam yang masih tinggal di negara ini. Kamu nak hakis satu persatu dengan letakkan ia bawah kuasa seorang menteri bukan Islam?

“Ingat balik bila kerajaan Pusat bertukar, lebih 1,000 orang imam dan bilal yang sepatutnya mengerjakan haji bawah tanggungan kerajaan telah dibatalkan.

“Siapa menteri yang kata, pembiayaan mengerjakan haji itu perlu dibatalkan kerana ia satu pembaziran?,” soalnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: TH adalah Tabung Haji bukan Tabung Harapan]


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!