X

Kindly register in order to view this article
!

Hadi: Pas cukup kuat, tak perlu parti lain

Hadi Awang
Hadi Awang
A
A

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN) atau kini dikenali dengan Parti Pekerja Malaysia (PPM).      Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar Pas supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain. "Sehingga ini Pas dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan  konsisten dengan pendirian selama ini," katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini. [ ARTIKEL BERKAITAN: PPM sedia bekerjasama dengan Pas ]      Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas setelah menyertai PPM, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.      Ketika ditanya kemungkinan ahli Pas akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden Pas itu berkata, beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan. "Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan,  kita menghormati Hari Kebangsaan," katanya. - Bernama

Disyorkan artikel ini:

Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!