Gerakan: Lian Hoe tawar diri bertanding

Datuk Tan Lian Hoe
A
A

IPOH - Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menawarkan diri bertanding jawatan pengerusi negeri pada pemilihan parti 6 Oktober ini.      Beliau berkata, borang pencalonan telah dihantar ke pejabat Gerakan negeri hari ini.      "Sudah tiba masanya saya menggunakan pengalaman saya bagi menggalas tanggungjawab untuk membawa perubahan kepada parti," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.      Lian Hoe akan dicabar Ketua Gerakan Bahagian Gopeng, Dr Lee Chee Peng pada pemilihan itu.      Pengerusi Gerakan Perak, Datuk Chang Ko Youn, yang juga Pemangku Presiden Gerakan, sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahan jawatan pengerusi parti di peringkat negeri pada pemilihan akan datang. - Bernama


×