X

Kindly register in order to view this article
!

DAP salahkan polis insiden kekecohan Ahad lalu

Kekecohan yang berlaku di program Nothing  to Hide 2.0. –Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
Kekecohan yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0. –Foto Sinar Harian Asril Aswandi Shukor
A
A

KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan dalam forum Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu didakwa merupakan tanggungjawab polis.

Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata, adalah tidak adil untuk polis menyalahkan penganjur tidak menjaga aspek keselamatan.

"Adalah jelas apabila mana-mana parti politik sama ada BN atau Pakatan Harapan anjurkan sebarang aktiviti, menjadi tanggungjawab semua termasuk polis yang bertugas untuk menjaga keselamatan dan memastikan program berjalan lancar.

"Polis sepatutnya menyiasat siapa yang mulakan kekecohan kerana mereka yang bertanggungjawab. Janganlah menuding jari dan cuba alihkan kesalahan kepada penganjur," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa aspek keselamatan dalam forum Nothing to Hide 2.0 merupakan tanggunggjawab penganjur.

Menurut Khalid, polis akan memanggil pihak penganjur iaitu Armada Bersatu kerana dilihat gagal mengawal aspek keselamatan.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, penganjur telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Keempat-empat pasukan keselamatan dari Pakatan Harapan telah aturkan supaya mempunyai anggota yang cukup untuk kawal keselamatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Tindak DAP, Eddie Ng berkata, penganjur telah mengikut arahan oleh polis Shah Alam dan menyediakan 150 anggota keselamatan.

"Tak adil nak tolak tanggungjawab kepada penganjur kerana tak kira apa keadaan, polis merupakan anggota yang wajib jaga keselamatan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!