X

Kindly register in order to view this article
!

DAP cabar naikkan garis kemiskinan

Eddie Ng
Eddie Ng
A
A

BALAKONG - Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Eddie Ng Tien Chee mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan pendapatan garis kemiskinan rakyat di negara ini dari RM720 kepada RM1,500 seperti dilakukan Kerajaan Selangor.

Eddie Ng yang juga Adun Balakong berkata, beliau percaya perdana menteri tidak berani bertindak demikian berikutan jumlah keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan akan meningkat dengan mendadak.

“Kami pimpinan pembangkang bukan setakat cakap sahaja tetapi kami lakukan perubahan yang jelas di Selangor dan Pulau Pinang termasuk naikkan pendapatan garis kemiskinan rakyat,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan Najib yang mengatakan hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi.

Katanya, pimpinan kerajaan BN bukan sahaja gagal membawa perkembangan positif kepada semua lapisan masyarakat, malah dilihat membawa negara ke arah kemunduran.

“Kelemahan kerajaan BN terutamanya di bawah pentadbiran Perdana Menteri mengakibatkan negara ini kehilangan daya saing termasuk di peringkat antarabangsa,” katanya.

Ekonomi negara katanya, meleset sebaik sahaja pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April tahun lalu .

“GST dilaksanakan pada masa yang tidak sesuai ketika ramai rakyat masih berpendapatan rendah. Sekarang lebih membimbangkan hutang negara pula makin meningkat hingga mencecah RM630.5 bilion,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!