X

Kindly register in order to view this article
!

Calon Bebas dakwa Anwar beli undi

STEVIE CHAN.Foto - SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

PORT DICKSON - Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong mendakwa calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba membeli undi semasa berkempen PRK Parlimen Port Dickson.

Malah, beliau turut menyenaraikan lima perkara yang dikaitkan dengan Presiden PKR itu dan mendakwa ia adalah percubaan untuk membeli undi rakyat kawasan tersebut.

Menurutnya, sekiranya rakyat membenarkan budaya ‘politik lama’ ini diteruskan maka Malaysia akan kembali ke zaman lama yang penuh dengan penganiayaan kepada rakyat.

“Bersih 2.0 menyatakan bahawa PH paling banyak melakukan kesalahan dalam PRK Dun Seri Setia dan Dun Balakong. Kesalahan tersebut termasuklah menggunakan aset kerajaan, menawarkan hadiah dan makanan percuma untuk mendapatkan sokongan.

“Dalam beberapa hari ini, saya juga telah melihat perkara sebegitu berlaku di Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Stevie berkata, antara tindakan Anwar yang dianggap membeli undi adalah apabila memberitahu pengundi bahawa beliau memperoleh dua projek swasta untuk Port Dickson selain makan malam bernilai RM200,000 anjuran persatuan tempatan.

“Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberitahu orang ramai pada majlis penyampaian anugerah untuk veteran tentera mengatakan kebajikan mereka akan dijaga sekiranya Anwar menang.

“Malah, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) menganjurkan konsert percuma, membawa artis terkenal dan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma. Semalam, Anwar melancarkan program tuisyen dalam talian percuma untuk Port Dickson tetapi laman web ini dikaitkan dengan ezLearn2u,” ujarnya.

Stevie turut meluahkan rasa kecewa dengan wujudnya percubaan secara terang-terangan untuk membeli undi sedang dilakukan dalam kempen PRK Parlimen Port Dickson.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!