Blackout 505 tampil tiga tuntutan

Datuk Johari Abdul
A
A

PETALING JAYA - Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan. Pengarah program Blackout 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat di perhimpunan itu adalah lambang baru kesedaran politik rakyat yang mewakili suara 51peratus rakyat yang menyokong PR. "Kita menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya, pertama seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan kerana gagal memastikan PRU13 berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih. "Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh. Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media di pejabat PKR hari ini. Menurut beliau, konsesus itu perlulah diwakili oleh PR dan NGO. AKAN MENYUSUL


×