X

Kindly register in order to view this article
!

Beli kertas undi: Tuduhan tiada kaitan SPR

Wan Ahmad - Foto oleh Safwan Mansor
A
A

SHAH ALAM - Tuduhan yang mendakwa calon BN di Terengganu 'membeli' kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu tiada kaitan dengan suruhanjaya itu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya perbuatan tersebut, mereka dinasihatkan untuk membuat kepada pihak yang berkaitans eperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, setakat ini SPR tidak menerima sebarang laporan mengatakan ada calon BN merampas, menawar rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR di Jerteh seperti didakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "SPR menjalankan proses pilihan raya. Bagi mengurus pilihan raya umum, SPR melantik 230,000 petugas sepanjang proses ini. Searamai 100,000 bertugas di pusat mengundi. Secara khususnya, setiap petugas perlu mengikut peraturan yang disediakan dan menjaga tatasusila semasa menjalankan tugas," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi pada sidang media semalam yang mendakwa  seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa “membeli” kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu. Rafizi mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei, sehari sebelum pilihan raya umum telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN. Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu. Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda. Memgulas lanjut, Wan Ahmad berkata, SPR berdepan kesukaran untuk mengawal setiap petugas yang terlibat dalam kes rasuah seperti ini. "Setiap petugas yang tidak amanah akan menerimanya, tetapi jika mereka telus dalam pekerjaan mereka, sudah pasti perkara sebegini tidak berlaku. "SPR tidak ada kuasa menyiasat bagi kes-kes seperti ini dan akan menyerahkan kepada polis. Biarlah polis menyiasat secara terperinci," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!