X

Kindly register in order to view this article
!

Adun Nenggiri sah hilang kelayakan

Mat Yusoff
Mat Yusoff
A
A

KOTA BHARU - Sidang Dun Kelantan hari ini memutuskan menerima usul memuktamadkan kehilangan kelayakan Adun Nenggiri dari BN, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani sebagai ahli dewan Dun Negeri ini.

Perkara itu diputuskan Speaker Dewan, Datuk Abdullah Ya'kub selepas usul kemukakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan.

Pengundian yang dibuat memperoleh keputusan bersetuju 32 orang dan 9 lagi berkecuali. Selepas pengundian, cadangan dan usul tersebut diterima dan diluluskan.

Speaker juga mengumumkan kerusi Dun Nenggiri tersebut kosong bermula tarikh pengumuman tersebut hari ini.

Pada 28 Mei lalu kerajaan menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Negara mengenai kebankrapan Mat  Yusoff.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!