X

Kindly register in order to view this article
!

Abdul Hadi bakal ditolak seperti Najib

A
A

SHAH ALAM – Ahli-ahli akar umbi Pas didakwa akan menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana sesetengah ahli Umno menolak kepimpinan Presiden mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar berkata, ia akan berlaku akibat daripada tindakan kedua pemimpin yang mengambil keputusan untuk melakukan kerjasama antara parti.

“ALLAH sudah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dengan mereka yang cuba menutup kejahatan mereka dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadis.

“Masanya akan tiba ahli Pas akan tolak Abdul Hadi seperti juga ahli Umno akan tolak Najib,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ini turut melahirkan simpati terhadap beberapa pemimpin Pas.

“Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Abdul Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab.

“Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli-ahli mereka (Umno dan Pas) tak faham isi kandungan al-Quran dan hadis seolah-olah mereka seperti 'lembu cucuk hidung' akur apa sahaja pemimpin mereka kata,” katanya lagi.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus