X

Kindly register in order to view this article
!

40 ahli Parlimen Umno berkemungkinan keluar parti

Kadir ketika merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Bersatu mendedahkan terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai mereka selepas ini.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkata, kesemua mereka itu juga telah beberapa kali bertemu Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkara itu.

“Buat masa ini, mereka yang bertemu dengan Tun dan Tan Sri Muhyiddin belum sampai tahap seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai kita semalam.

“Belum lagi ada kepastian, cuma mereka ini telah berjumpa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perwakilan Bersatu Bahagian Tebrau di Bricks Cafe Kampung Maju Jaya, Skudai, di sini, hari ini.

A Kadir berkata, sehingga kini, kesemua ahli parlimen itu juga difahamkan sedang berfikir lebih lanjut terutama mengenai situasi mereka sekiranya tidak diterima di dalam Bersatu.

“Polisi kami ialah jika ada daripada wakil rakyat yang mahu sertai Bersatu, mereka kena tinggalkan parti (Umno) dan perkara seterusnya akan ditentukan.

"Jadi ahli Parlimen Umno ini masih berfikir lagi, apa akan berlaku selepas itu (selepas sertai Bersatu). Ini kerana ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk siasatan," katanya.

Katanya, sekiranya bersama Bersatu sekali pun, tiada jaminan untuk kesemua mereka tidak disiasat kerana parti tidak mahu ada sebarang wakil rakyat yang terlibat dengan salah laku.  


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!