Umno kena jadi ‘samseng’ tegur kerajaan

Prof Datuk Dr Ramlah berkata demikian ketika Wacana Sinar Harian ke-65 di Dewan Karangkraf, Shah Alam.
A
A

SHAH ALAM - Umno perlu lebih berani membangkang memandangkan kerajaan sekarang terpalit dengan pelbagai isu terutamanya janji 100 hari.

Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Umno tidak perlu lagi mengambil pendekatan lembut dan tertib sebaliknya perlu menjadi ‘samseng’ ketika membangkang.

Menurutnya, tindakan menggunakan bahasa sopan menunjukkan Umno bertamadun namun isu yang timbul membabitkan kerajaan perlu ditegur dengan lantang.

“Gunakan isu yang ada sekarang untuk bangkang dan bangkitkan Umno. Kerja Umno sekarang adalah bangkang, ada banyak isu boleh bangkang.

“Puteri dan Wanita misalnya boleh tegur janji 100 hari kerajaan. Beri kenyataan pedas-pedas. Yang lantang, Datuk Lokman Noor Adam saja. Yang lain tiada.

“Pendekatan sekarang kena samseng sikit. Tak perlu dah lembut-lembut, tegur saja secara terus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian ke-65 di Dewan Karangkraf di Shah Alam.


×