X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor 'patah tangan' tanpa Pas

Mohd Azizuddin Mohd Sani
Mohd Azizuddin Mohd Sani
A
A

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan pakatan pembangkang akan lemah di Selangor selepas ketiadaan Pas dalam gabungan pakatan itu.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ketiadaan Pas dalam pakatan itu sekaligus memberi kelebihan kepada BN.

"Namun kuasa rakyat Selangor adalah penentu kepada kerajaan mana yang akan terbentuk di Selangor nanti," katanya kepada Sinar Online.

Mohd Azizuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai implikasi terputusnya tahaluf siyasi PKR dan Pas dalam pentadbiran negeri Selangor.

Terdahulu, Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara]

Dalam pada itu, mengulas lanjut Mohd Azizuddin berkata 'BN terlalu bergantung kepada Umno dan parti kompenen lain lemah di Selangor'.

"Di Selangor juga masih banyak kerusi campuran, jadi BN masih ada banyak halangan dan cabaran untuk merampas Selangor.

"Satu lagi saya setuju yang pengundi Selangor banyaknya berpelajaran dan boleh berfikir kerajaan mana yang seharusnya dibentuk. Mereka tahu siapa yang mereka hendak pilih," katanya.

Sementara mengulas perkara yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, buat masa ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengadakan pilihan raya negeri  memandangkan PRU semakin dekat.

"Azmin masih ada kelebihan majoriti dua kerusi. Kelantan dan perak serta Terengganu lebih kurang sama sepertt Selangor sekarang jika pas keluar," katanya.

Dalam pada itu, Sivamurugam menegaskan pada ketika ini masa ujian sebenar Azmin dan Pas untuk kenal siapa musuh politik sebenar mereka.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!