X

Kindly register in order to view this article
!

Penyandang kekal jawatan tertinggi Dewan Muslimat

Siti Zailah Mohd Yusoff
A
A

SHAH ALAM - Penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff berjaya mengekalkan kedudukannya menewaskan lawan tunggalnya Nuridah Salleh dalam pemilihan sayap Pas itu, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Asmuni Awi berkata, Siti Zailah mendapat undi sebanyak 468 undi, manakala Nuridah sebanyak 108 undi. "Justeru dengan ini saya mengumumkan Zailah layak menjawat jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas bagi penggal ini," katanya ketika membuat pengumuman keputusan itu semalam. Semalam seramai 665 perwakilan telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi dewan berkenaan bagi penggal 2013-2015. Beliau berkata, bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan juga dimenangi penyandang sebelum ini, Dr Siti Mariah Mahmud dengan undian 429 mengalahkan pesaing tunggal Dr Najihatusalehah Amat yang mendapat undi 229. "Sementara penyandang Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Mumtaz Mat Nawi mendapat undi (457) mengalahkan Dr Rosni Adam (201). "Saya turut mengumumkan 12 Ahli Jawatankuasa Tetap yang mendapat undi tertinggi," katanya. Tambahnya, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan Norhashimah Deraman kekal jawatan itu dengan 387 undi berbanding dua lagi calon Nor Azlin Md Samsudin 208 undi dan Saadiah Abu Bakar 5 "Justeru secara automatik Nor Azlin layak menduduki kerusi Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat Pas yang tiada pencalonan sebelum ini setelah memperoleh undi kedua tertinggi dalam pemilihan pengerusi tetap," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!