X

Kindly register in order to view this article
!

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A

KOTA BAHRU - Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen. Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan.  “Kita masih menunggu, beberapa berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga.  “Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!