X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Azizan
A
A

SERDANG – Secara purata pada 2008, kajian Pertubuhan Makanan dan Pertanian Antarabangsa (FAO) menunjukkan, rakyat Malaysia secara purata mengambil 12 kilogram bawang setahun. Bilangan itu semakin bertambah pada 2009, apabila FAO melaporkan pengambilan bawang oleh rakyat Malaysia meningkat dua kilogram kepada 14 kilogram setahun. Lebih tinggi berbanding Thailand, hanya 0.9 kilogram dan Indonesia 3.8 kilogram sahaja. Itu fakta empat tahun lalu. Mungkin sekarang ini pengambilan bawang dalam kalangan rakyat Malaysia sudah mencapai tahap 20 kilogram setahun. Ini kerana bawang digunakan dalam hampir kesemua jenis masakan rakyat negara ini. Setiap tahun, Malaysia mengimport antara 150,000 hingga 250,000 tan metrik bawang besar. Dengan jumlah yang begini banyak dan juga pengambilannya yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara ini, timbul persoalan, mengapa kita tidak cuba atau berusaha untuk menanam sendiri bawang? Negara jiran, Indonesia yang mempunyai iklim sama juga sudah pun mengeluarkan bawang secara komersil. Jika Malaysia mampu melaksanakan aspirasi ini, banyak belanja dapat dijimatkan melihat pada nilai import bawang yang semakin meningkat. Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Azizan Ab Rashid, penanaman bawang di negara ini memang boleh dilakukan namun tidak ekonomik. Atas faktor itu katanya, mengimport bawang dilihat lebih berbaloi. "Misalnya penanaman bawang putih, ia memerlukan pencahayaan dalam tempoh yang lama antara 12 hingga 15 jam sehari. Di negara kita, cahaya matahari hanya setakat 12 jam. Itu sebab menanam bawang untuk komersil tidak sesuai di negara ini," katanya. Satu faktor lagi kata Azizan ialah negara tidak mempunyai benih dan teknologi yang sesuai untuk mengkomersilkan penanaman bawang. “Kita tidak mempunyai varisi sendiri, banyaknya dari luar. Kita juga tidak mempunyai benih bank sendiri,” katanya. Tambah beliau, dengan kos penanaman yang tinggi, adalah lebih produktif tanah itu ditumpukan dengan penanaman sawit yang lebih menguntungkan. “Itu lebih berbaloi sedangkan tanah kita lebih berharga. Sedia maklum, harga tanah sekarang semakin mahal dan bawang juga bukan makanan ruji rakyat Malaysia,” katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya harga pasaran bawang meningkat, keadaan itu mungkin akan mengubah pendirian kerajaan ataupun mana-mana pihak berkaitan penanaman bawang. “Boleh kalau kita hendak laksanakan. Tetapi untuk pelaburan, terlalu sedikit pulangannya. Melainkan, jika harga pasaran bawang mencecah RM30 sekilogram," katanya.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!