X

Kindly register in order to view this article
!

BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk tarik pengundi muda

Isham Jalil
A
A

SHAH ALAM - Mengikut analisa dan statistik keputusan PRU14, sebab utama gabungan itu kalah ialah kerana pengundi-pengundi muda tidak menyokong BN.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, dakwaan bekas Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin Abu Bakar bahawa gabungan itu kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB adalah satu fakta yang salah.

Katanya, sebenarnya, Khairy Jamaludin antara punca kekalahan BN kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk menarik sokongan anak muda kepada BN.

“BN kalah sebab KJ tidak 'perform' untuk menarik pengundi muda.

"Hampir kesemua peti-peti undi di saluran-saluran muda BN kalah di seluruh negara berbanding peti-peti undi di saluran-saluran bagi peringkat-peringkat umur yang lain yang mana keputusannya adalah lebih rawak," katanya kepada Sinar Harian.

Isham yang juga mempunyai kelulusan sarjana politik, ekonomi dan undang-undang daripada Universiti Harvard  berkata demikian bagi menempelak kenyataan Khairy yang menjelaskan bahawa BN kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adakah Najib akan tubuh parti baharu?]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kita kalah kerana 1MDB: Khairy]

Beliau yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak berkata, ini membuktikan bahawa faktor utama kekalahan BN adalah faktor kegagalan menarik undi muda, dan walaupun faktor-faktor lain memainkan peranan, namun ianya tidaklah signifikan berbanding faktor penolakan pengundi muda ini.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!