Anak Tan Sri Onn dilantik Setpol PM

Najib Tun Razak menyaksikan majlis mengangkat sumpah simpan rahsia oleh empat setiausaha politik (dari kiri) Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Khairolnezam Shaari, Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Zuraidi Ishak dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datin Paduka Nor Hayati Onn yang turut sama disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Empat setiausaha politik mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Majlis itu diadakan di Pejabat Perdana Menteri di sini.     Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datin Paduka Norhayati Onn, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Zuraidi Ishak, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Khairolnezam Shaari dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.     Majlis itu disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Bernama  


×