X

Kindly register in order to view this article
!

Abdul Aziz Yassin kekal teraju Mubarak WP

Pengerusi Mesyuarat Agung Ke-8 Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Datuk Khalid Yunus (kanan) menyampaikan taklimat sebelum pemilihan barisan kepimpinan baharu dibuat di Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama, Yang Dipertua MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Yassin (kiri). Mesyuarat kali ini bertujuan memilih barisan kepimpinan baharu bagi tahun 2014 hingga 2019. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abdul Aziz Yassin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan bagi penggal 2014-2019.     Pemilihan semula Abdul Aziz untuk penggal kedua berturut-turut itu diputus sebulat suara dalam mesyuarat agung ke-8 Mubarak Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.     Tan Sri Sabaruddin Chik pula kekal sebagai Timbalan Yang Dipertua.     Mesyuarat itu yang dipengerusikan Datuk Khalid Yunus sebulat suara memilih Tan Sri Dr T. Marimuthu sebagai Naib Yang Dipertua I menggantikan Datuk Mokhtar Hashim manakala Datuk Dr Affifuddin Omar kekal sebagai Naib Yang Dipertua II.     Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman pula kekal sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Siti Zainab Abu Bakar.     Pada mesyuarat berkenaan, lima individu turut dipilih sebagai anggota jawatankuasa iaitu Toh Puan Wan Asiah Ahmad; Dr Leela Rama; Datuk Shuaib Lazim; Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dan Datuk Faridah Hassan.     Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan, Abdul Aziz berkata, barisan kepimpinan yang baharu dilantik itu akan terus membantu kerajaan dalam agenda memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat.    "Kalau tiada perpaduan, tiadalah kemajuan," katanya.  - Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!