Lima jam padam kebakaran silo sawit

Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dengan kaedah penyejukkan menggunakan aliran air dalam kebakaran silo pemanas di Teluk Intan semalam. Foto: Ihsan JBPM Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman dengan kaedah penyejukkan menggunakan aliran air dalam kebakaran silo pemanas di Teluk Intan semalam. Foto: Ihsan JBPM Perak.
A
A
A

TELUK INTAN - Seramai 17 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan silo setinggi sembilan meter di sebuah kilang sawit di Jalan Changkat Jong di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 9.28 malam.

Menurutnya, operasi pemadaman yang berisiko berdepan letupan itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan.

Silo pemanas mengandungi isi sawit musnah 60 peratus dalam kebakaran semalam. Foto: Ihsan JBPM Perak.
Silo pemanas mengandungi isi sawit musnah 60 peratus dalam kebakaran semalam. Foto: Ihsan JBPM Perak.

“Anggota yang memakai sut perlindungan diri (PPE) bertindak memadam kebakaran itu menggunakan kaedah penyejukan dengan aliran air,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, kemusnahan membabitkan 60 peratus dan operasi tamat selepas hampir lima jam kemudian.

Artikel Berkaitan: