Selangor perlu ada 'political will'

Abdul Khalid berkongsikan ciapan Faekah berhubung pewartaan sungai dan tebing di Selangor di laman Facebook, hari ini.
Abdul Khalid berkongsikan ciapan Faekah berhubung pewartaan sungai dan tebing di Selangor di laman Facebook, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor perlu mempunyai kemahuan politik jika ikhlas untuk meningkatkan perkhidmatan industri air di negeri ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam perkara itu rakyat perlu diutamakan dan bukannya pemilik konsesi.

"Jika ikhlas mahu pertingkatkan servis dan industri air, perlu ada political will.

"Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi mahupun pengilang haram di pinggiran sungai," katanya menerusi kemaskini di Facebook hari ini.

Kemaskini Abdul Khalid itu turut disertakan bersama ciapan dari Twitter bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin berhubung pewartaan sungai dan tebing di Selangor.

Faekah mempersoalkan mengapa kerajaan Selangor tidak meneruskan pewartaan sungai dan tebing di seluruh negeri ini bagi menyekat sebarang pembangunan di kawasan terlibat.

"Pada Jun 2009, kerajaan Selangor telah mewartakan sungai dan tebing-tebing bagi menyekat sebarang pembangunan demi menjaga keselamatan punca air di negeri ini," katanya.

Tambah Faekah, usaha bagi pewartaan itu perlu diteruskan sebagai langkah awal untuk mengusir kilang haram di kawasan tebing sungai.

Artikel Berkaitan: