Covid-19: Kes baharu kekal satu angka

Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes positif koronavirus (Covid-19) kekal mencatat satu angka hari ini dengan enam kes baharu melibatkan tiga kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes penularan dalam negara itu membabitkan dua kes daripada Kluster Benteng LD dan satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) yang dikesan di sebuah pusat perubatan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata, tiga kes import pula dilaporkan di Wilayah Persekutuan yang mendapat jangkitan dari Indonesia dan Bangladesh dengan kesemua mereka merupakan rakyat asing.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 9,397 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula 154 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat dua kes pulih daripada Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,115 kes atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. - Bernama

MENYUSUL

Artikel Berkaitan: