Tarik penyertaan orang asli bekerja di ladang sawit

Mohd Khairuddin Aman Razali - Foto Bernama
Mohd Khairuddin Aman Razali - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menarik penyertaan orang asli untuk bekerja di ladang sawit di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hikmah di sebalik pandemik koronavirus (Covid-19) antaranya adalah membuka ruang kepada warga tempatan untuk bekerja di ladang sawit bagi menggantikan warga asing.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menegaskan mana-mana orang asli yang berminat bekerja di ladang akan diberikan latihan oleh Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (Impac).

"Perbincangan telah dibuat dengan Jakoa bagi menarik orang asal (orang asli) bekerja di ladang dengan latihan diberikan oleh Impac.

"Syarikat agensi pekerjaan juga digesa membantu KPPK mempromosi pekerjaan di ladang kepada warga tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, pendapatan sebagai pengait buah sawit boleh memberi pulangan lumayan kepada orang asli berminat sehingga RM3,000 sebulan dengan kediaman disediakan.

"Dalam keadaan harga buah tandan segar sawit (BTS) sekarang lebih daripada RM600 bagi satu tan matrik berbanding sebelumnya sekitar RM300 sahaja, syarikat perladangan dan pekebun kecil mampu menggaji warga tempatan," katanya.

Artikel Berkaitan: