X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Moral tinggi pemain bawa kemenangan Kedah: MB Kedah

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Moral pemain Lang Merah yang tinggi membawa kemenangan kepada pasukan Kedah ketika beraksi di halaman sendiri pada aksi Liga Super 2020 menentang PJ City, malam tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau gembira aksi dipamerkan pemain-pemain Lang Merah itu.

Katanya, pemain Kedah mempamerkan aksi baik dengan menjaringkan dua gol, sekali gus mencatatkan kemenangan ketika menentang PJ City malam tadi.

"Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan Kedah kerana mencatatkan kemenangan berturut-turut ketika berlawan dengan PJ City apabila menjaringkan dua gol.

"Saya berharap keadaan akan berterusan sampai hujung musim dan keadaan ini membuktikan moral pemain-pemain Kedah sangat tinggi kerana mereka tahu kita sedang berusaha membaiki keadaan lampau," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas kunjungan hormat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Muhammad Sanusi berkata, pemain Lang Merah membuktikan keupayaan mereka dalam usaha masing-masing menaikkan prestasi bola Kedah.

"Terima kasih kepada semua pemain Kedah dan pengurusan KFA," katanya.

Malam tadi, Kedah bangkit mengatasi PJ City FC 2-1 pada Liga Super 2020 di Stadium Darul Aman di sini, selepas ketinggalan kepada kelab berkenaan di awal perlawanan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!