Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Kapal peronda APM menahan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai semalam.
Kapal peronda APM menahan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea itu ditahan kapal peronda pada jam 11.44 pagi pada kedudukan 4.1 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

“Kapal terbabit membawa muatan kira-kira 80 tan Marine Diesel Oil (MDO) dan ketika diperiksa nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dalam perairan Malaysia.

"Kapal sepanjang 23 meter itu dikendalikan lima kru termasuk nakhoda (Master) berumur lingkungan 24 hingga 56 tahun warga Indonesia. Kesemua mereka ditahan dan dua daripada nakhoda serta seorang kru dibawa ke ibu Pejabat Maritim Johor untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nurul Hizam memaklumkan, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu berlabuh tunggu tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

"Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

APMM sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan Johor menggunakan segala sumber yang ada serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara terutama ketika musim penularan wabak koronavirus (Covid- 19).

Artikel Berkaitan: