Op limau 2019: 189 individu ditahan di Johor

Mohd Khalil (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Kamaluddin (kiri) sambil diperhatikan Md Yusof (kanan).
Mohd Khalil (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Kamaluddin (kiri) sambil diperhatikan Md Yusof (kanan).
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 189 individu termasuk warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Limau 2019 yang dilancarkan sejak 15 Januari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu 100 individu termasuk 10 wanita berusia 21 hingga 69 tahun ditangkap dalam 53 serbuan kerana terlibat aktiviti perjudian.

Menurutnya, wang tunai RM31,544 dan pelbagai peralatan termasuk 115 telefon bimbit, 19 kerusi, lima buah meja turut dirampas dalam operasi itu setakat ini.

“Op Limau dilancarkan secara serentak di semua daerah hingga 24 Februari depan sempena Tahun Baru Cina bagi memastikan keamanan dan keharmonian semua masyarakat pada perayaan ini.

“Tumpuan operasi di pusat-pusat hiburan, premis yang disyaki menjadi tempat perjudian haram, pelacuran dan aktiviti kongsi gelap serta mengesan suspek-suspek yang dikehendaki terlibat dalam kes jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor antara Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim dan Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad di Dewan Dato’ Onn Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Mohd Khalil berkata, seramai 79 individu termasuk seramai 46 wanita ditahan menerusi 28 serbuan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“43 daripadanya adalah warga asing terdiri daripada seorang warga China, 29 dari Vietnam dan bakinya dari Thailand. Sebanyak 28 saman juga dikeluarkan kepada premis-premis hiburan itu kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan di bawah Enakmen Hiburan Negeri Johor 1998,Menurutnya, dari Dari aspek gengsterisme pula, seramai 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah dan kesemuanya akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, menurutnya, polis sedang mengesan lelaki dianggarkan berusia 30-an yang dikatakan menunggang motosikal tanpa pakaian sehingga gambarnya dimuat naik pengguna di laman sosial dan tular.

“Suspek dipercayai menunggang dari Batu Pahat itu tidak dapat dikesan lagi buat masa ini. Motosikal yang digunakan suspek didapati nombor platnya didaftar di Pahang.

“Kita masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak umum. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek tersebut diminta tampil segera untuk membantu siasatan polis,” katanya.