'Tak perlu tukar PM, Muhyiddin calon terbaik'

Mohd Amar (dua,kanan) mencuba sistem pengisian di pam di BHPetrol Tunjong, hari ini.
Mohd Amar (dua,kanan) mencuba sistem pengisian di pam di BHPetrol Tunjong, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiada keperluan untuk menukar perdana menteri kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah calon terbaik untuk menggalas jawatan tersebut, ketika ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Muhyiddin dilihat sebagai calon terbaik berdasarkan kepada pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya.

"Bagi kami, setakat ini calon terbaik adalah Muhyiddin. Sesuai dengan kemampuan dan kedudukan beliau. Jadi, kenapa nak tukar memandangkan beliau masih baik dan sihat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas merasmikan pembukaan stesen minyak BHPetrol di Lebuhraya Tunjung - Pasir Mas di sini, hari ini.

Mohd Amar mengulas kenyataan Ahli Parlimen Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa tiada calon lebih berwibawa dalam kalangan UMNO dan PAS untuk dilantik menjadi perdana menteri buat masa ini di samping kewibawaan Muhyiddin.

Sementara itu, mengulas mengenai pembukaan stesen minyak tersebut, Mohd Amar memberitahu, ia merupakan projek kerjasama strategik antara Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan juga pihak BHPetrol Sdn Bhd melalui Akademik YIK.

Mohd Amar (dua dari kanan) mencuba sistem pengisian di pam di BHPetrol Tunjong, hari ini.
Mohd Amar (dua dari kanan) mencuba sistem pengisian di pam di BHPetrol Tunjong, hari ini.

Katanya, projek rintis terbaru Akademik YIK dan kerajaan negeri itu diharap dapat membantu meringankan dana kewangan YIK dengan pelbagai cabang usaha dilakukan.

"Belanjawan YIK lebih kurang RM135 juta setahun, untuk gaji sahaja RM9.5 juta sebulan. Sebelum ini kita mengusahakan tanah dengan tanaman, namun tidak berjaya mencapai jangkaan kita, Jadi, kita kembangkan usaha ke arah pembukaan stesen minyak ini.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun pulangan mungkin kecil tapi sebahagiannya dapat membantu kita untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan. Tidaklah perlu bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan negeri," katanya.