161 individu dikompaun ingkar PKPP

Antara individu yang dikompaun kerana melanggar PKPP dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama semalam.
Antara individu yang dikompaun kerana melanggar PKPP dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 161 individu dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan berhibur di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama di sini semalam.

Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menyerbu premis itu pada jam 10.30 malam selepas menerima maklumat dan risikan daripada orang awam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 40 tahun itu didapati tidak mematuhi penjarakkan fizikal dan peraturan yang ditetapkan bagi tempoh PKPP.

"Mereka dibenarkan pulang selepas kompaun dikeluarkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Masyarakat juga diingatkan sekali lagi supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan atau berdepan tindakan," katanya.

Artikel Berkaitan: