Dua remaja ditahan ketika asyik wheelie

Remaja yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Taman Seremban Selatan semalam. - Foto ihsan IPD Seremban
Remaja yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Taman Seremban Selatan semalam. - Foto ihsan IPD Seremban
A
A
A

SEREMBAN - Dua remaja lelaki ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan membuat aksi wheelie dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Taman Seremban Selatan semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, remaja berusia 20 dan 22 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Seremban bersama dua pegawai dan enam anggota.

"Dua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 secara berasingan ditahan selepas membuat beberapa kali aksi wheelie di Jalan BSS 2.

"Dua suspek ini kemudiannya dibawa ke Balai Trafik IPD Seremban untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya turut mengeluarkan 16 saman atas pelbagai kesalahan termasuk menyita empat buah motosikal.

Artikel Berkaitan: