X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Sasar kewangan hibrid patuh syariah

Azam (tiga dari kiri) menyentuh skrin sebagai simbolik pra pelancaran Al Ebreiz Global Capital Berhad ‘Masa depan Kewangan Islamik Hibrid’ di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur semalam.
A
A

AL EBREIZ Global Capital Berhad menyasarkan untuk mewujudkan gelombang baharu kewangan hibrid yang patuh syariah.

Timbalan Presiden Teknologi Al Ebreiz Global Capital Berhad, Hamid Rashid berkata, pihaknya menyediakan platfom dagangan secara maya dan simpanan emas fizikal patuh syariah menerusi permohonan secara mobil bagi mengubah cara membayar dan membeli atau membuat tuntutan.

“Al Ebreiz Global Capital Berhad adalah organisasi berasaskan teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian kewangan hibrid Islam iaitu blockchain dengan tujuan untuk mengubah sistem ekonomi moden menjadi sistem kewangan Islam berdasarkan keadilan dan tanpa faedah atau riba.

“Diketuai oleh pasukan yang penuh wawasan, Al Ebreiz yang ditubuhkan pada tahun ini dan beribu pejabat di Kuala Lumpur turut merancang untuk melebarkan sayap ke Singapura, Indonesia dan Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran Al Ebreiz Global Capital Berhad ‘Masa depan Kewangan Islamik Hibrid’ di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Al Ebreiz Global Capital Berhad, Azam Mohd.

Azam
Azam

Mengulas lanjut, Hamid berkata, Al Ebreiz juga telah mencipta cara mudah bagi orang ramai untuk berdagang dan memiliki emas fizikal tanpa adanya penyimpanan dan kebimbangan keselamatan fizikal.

Katanya, ia melalui penggunaan emas buatan sendiri iaitu Musharakah Token Offering Gold (MTOG) melalui e-dompet AlaDeenGold.

“Pemilik token diberi hak milik emas sebenar di peti besi paling selamat di dunia bersama dengan penggunaan dompet digital dengan menggunakan teknologi blockchain ini,” katanya.

Menurutnya, platfom yang dicipta pihaknya meletakkan pengguna sebagai keutamaan selain menyediakan pengalaman urusniaga yang selamat dan hebat.

“Hasrat kami untuk memberi peluang kepada pelanggan dalam mencapai matlamat kewangan mereka mengikut prinsip kewangan Islam,” kata beliau. Sementara itu, Azam ketika ditemui berkata, hasrat utama pihaknya memperkenalkan sistem itu adalah untuk membina keadilan ekonomi kepada semua.

Katanya, dagangan berasaskan emas itu dijalankan patuh syariah dan Islamik.

“Kita sasar projek yang kami perkenalkan ini mampu memasuki pasaran global dalam tempoh dua tahun,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!