Hujan lebat, sampah tersekat punca banjir kilat

Sampah sarap yang tersekat menyebabkan air tidak dapat dialirkan dengan sempurna hingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara petang semalam

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar taburan hujan yang tinggi serta aliran air tersekat menjadi punca banjir kilat di sekitar Leboh Ampang dan Jalan Melaka di sini, petang semalam.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, sekatan air berlaku disebabkan sampah sarap tersekat yang menyebabkan limpahan air di lokasi berkenaan.

Hujan lebat dan aliran tersekat menjadi punca banjir kilat di sekitar Leboh Ampang dan Jalan Melaka petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu lagi, DBKL melalui kontraktor pembersihan telah melaksanakan kerja pembersihan di aliran tersekat.

"Ini bagi memastikan kejadian yang sama tidak terus berulang. Warga kota dinasihatkan sama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sesuka hati kerana ia akan menjadi salah satu penyumbang kepada kejadian banjir kilat," menurut kenyataan itu.