X

Kindly register in order to view this article
!

Guru maut motosikal terbabas elak lembu

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas ketika cuba mengelak seekor lembu di Jalan Air Pa’abas, di sini, petang semalam. Gambar kecil: Mohd Sharidan
A
A

ALOR GAJAH - Seorang guru di sebuah sekolah agama maut selepas motosikal ditunggangi terbabas ketika mengelak seekor lembu di Jalan Air Pa’abas, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 5.30 petang itu, guru berkenaan, Mohd Sharidan Abu Bakar, 32, cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang mengajar di Sekolah Menengah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam perjalanan dari arah Air Pa’abas menghala ke Lendu.

"Siasatan mendapati, setibanya di Jalan Kampung Air Pa'abas motosikal mangsa hilang kawalan selepas mengelak seekor lembu lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

"Akibatnya mangsa tercampak dan tersangkut di atas pagar dawai sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!