Saluran air pulih 32.15 peratus setakat malam ini

Saluran semula perkhidmatan air di Selangor telah pulih sebanyak 32.15 peratus setakat malam ini.
Saluran semula perkhidmatan air di Selangor telah pulih sebanyak 32.15 peratus setakat malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Saluran semula perkhidmatan air di negeri ini telah pulih sebanyak 32.15 peratus setakat malam ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daerah Kuala Selangor hampir pulih sepenuhnya diikuti Kuala Lumpur, Daerah Petaling dan Klang.

"Setakat jam 9 malam, saluran semula perkhidmatan air telah pulih sebanyak 32.15 peratus.

"Sebanyak 384,692 akaun telah pulih daripada jumlah 1,196,457 akaun secara keseluruhan," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook beliau sebentar tadi.

Amirudin berkata, sebanyak 93 lori tangki dan 27 lori tangki jumbo telah digerakkan kepada kawasan yang belum menerima air.

"Setakat ini sebanyak 14,162 botol air 5 liter telah diagihkan," katanya.

Terdahulu, sebanyak 1,292 lokasi di tujuh kawasan sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran.

Artikel Berkaitan:

Tujuh kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.