Abdul Yazid dilantik CEO MRT Corp mulai 1 Februari

Abdul Yazid Kassim
Abdul Yazid Kassim
A
A
A

PUTRAJAYA - Abdul Yazid Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bermula 1 Februari 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Abdul Yazid berpengalaman luas dalam pengurusan projek serta kontrak pembinaan dan kejuruteraan.

Guan Eng berkata, antara tanggungjawab utama Abdul Yazid termasuk mengurus projek Laluan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) supaya ia dapat dilaksanakan mengikut kos dan jangka masa yang ditetapkan.

"Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu ini diyakini dapat mempertingkat prestasi dan kecekapan MRT Corp," katanya.

Jawatan yang pernah disandang oleh beliau termasuk Pengarah Projek Malakoff Corporation Bhd dan Ketua Pejabat Pengurusan Projek di Zelan Bhd, kata Lim.

"Beliau juga pernah bekerja selama 10 tahun di luar negara sebagai Ketua Pembinaan di syarikat Qatar Petroleum," katanya.

Abdul Yazid merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom selain memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan University of Warwick, United Kingdom. - Bernama

Artikel Berkaitan: