Saya tak sampai hati, kata Ebby Yus

Najib (kanan) menghadiahkan t-shirt Malu Apa Bossku sebagai tanda kenangan sewaktu berkunjung di rumah Ebby Yus di Kampung Baru, hari ini.
Najib (kanan) menghadiahkan t-shirt Malu Apa Bossku sebagai tanda kenangan sewaktu berkunjung di rumah Ebby Yus di Kampung Baru, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya tak sampai hati nak terima buah pinggang dia," demikian ujar pelawak Ebby Yus, 55, atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid.

Seorang peminatnya dari Port Dickson bermurah hati mahu mendermakan buah pinggang selepas mengetahui keadaan kesihatan Ebby Yus yang menghidap penyakit itu, selain masalah jantung.

Ebby berkata, dia belum membuat keputusan berkenaan hal itu namun mahu mengenali lelaki berumur 42 tahun tersebut terlebih dahulu.

"Saya dah hubunginya namun saya belum jumpanya lagi sebab masa suntuk esok nak berangkat menunaikan umrah mungkin lepas balik nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Buah pinggang Ebby Yus bocor, lemah jantung

"Saya tak tergamak nak terima buah pinggang penderma sebab dia pun berkeluarga dan ada anak-anak kecil pula.

"Doktor pula tak ada sarankan buat pemindahan buah pinggang setakat ini jadi tengok dulu keadaan," katanya.

Ebby Yus hari ini menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Pekan itu meluangkan masa kira-kira 15 minit berbual dan bertanya perkembangan keadaan kesihatan Ebby Yus.

Mengulas keadaan kesihatannya, Ebby berkata, keadaannya semakin baik namun masih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan swasta selain rawatan alternatif.

"Sakit buah pinggang saya kini di tahap tiga jadi menurut doktor saya tak ada rawatan khusus untuk itu cuma saya kena jaga makan dan kandungan air dalam badan untuk kawal elak lebih serius.

"Saya juga tak perlukan dialisis setakat ini. Sebenarnya saya ada tujuh penyakit sejak 20 tahun lalu cuma masalah buah pinggang dapat dikesan sejak enam hingga tujuh bulan lalu," katanya.

Tambahnya lagi, kesihatan yang terbatas menyebabkan dia terpaksa berehat dan menolak tawaran berlakon.

"Tawaran berlakon banyak tapi saya terpaksa tolak sebab tak boleh buat kerja luar sementara waktu ini, tapi kalau dalam studio Insya-ALLAH.

"Yang mana tak agresif sangat saya buat juga kalau tak saya nak makan apa, itu saja punca rezeki saya," katanya.

Kongsinya, dia bersyukur kerana keadaan kesihatannya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk dari rakan artis sendiri.

"Boleh dikatakan hampir semua pelawak tampil hulur bantuan tak kira tua dan muda termasuk rakan-rakan Maharaja Lawak Mega.

"Orang luar pun banyak bantu, rakan-rakan dan juga keluarga. Kos perubatan mahal alhamdulillah banyak orang tolong," katanya.

#kualalumpur #kampungbaru Pelawak juga pelakon Ebby Yus menghargai keprihatinan seorang peminatnya yang sanggup mendermakan buah pinggang selepas mengetahui keadaan kesihatannya. [ARTIKEL PENUH: https://www.sinarharian.com.my/article/9985/HIBURAN/Saya-tak-sampai-hati-kata-Abby-Yus] Laporan: MOJO Sinar Harian Selangor NORAFIZA JAAFAR

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, January 27, 2019