X

Kindly register in order to view this article
!

Isu air Selangor: Noh gesa MB Selangor letak jawatan

Noh turut serta bersama penduduk menyertai perhimpunan aman di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kilang haram yang menjadi punca kepada pencemaran bau di Sungai Selangor.
A
A

KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari digesa meletak jawatan berikutan kegagalan beliau mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang haram yang sering menjadi punca kepada pencemaran bau di Sungai Selangor.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Amirudin dilihat gagal menangani isu kilang haram sehingga menyebabkan rakyat di negeri ini masih berdepan krisis bekalan air sejak bertahun lamanya.

Beliau berkata, rakyat tidak mahu Amirudin sekadar membuat kenyataan media semata-mata, sebaliknya perlu turun padang bagi menyelesaikan kemelut yang melanda rakyat di negeri ini.

"Kalau tidak tahu memerintah, letaklah jawatan. Hari ini Menteri Besar pergi mana? Adakah beliau di Sabah di saat rakyat berdepan dengan masalah air?," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan aman di Kampung Bestari Jaya di sini hari ini.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, sekiranya Amirudin masih mahu terus kekal dengan jawatan itu, beliau mempelawa Amirudin untuk belajar menjadi Menteri Besar yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri ini.

"Kalau tidak tahu memerintah negeri Selangor ini, saya boleh ajar. Saya buat pemutihan kilang-kilang haram daripada terus berleluasa," katanya.

Selain itu, Noh berkata, kerajaan negeri juga diingatkan supaya tidak hanya merobohkan rumah penduduk di tepi rizab sungai tetapi membiarkan kilang haram terus beroperasi.

"Kerajaan negeri perlu jelaskan kepada rakyat mengapa rumah tepi parit, misalnya di Paya Jaras dirobohkan tetapi kilang tetap berdiri teguh.

"Jika rumah atau gerai peniaga, cepat sahaja buat pemutihan dengan meruntuh dan merobohkan. Sepatutnya kilang haram pun perlu buat tindakan sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Tujuh kawasan alami gangguan bekalan air

Kerajaan bakal dakwa pihak cemar sumber air


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!