X

Kindly register in order to view this article
!

Lari naik bot tinggalkan 170kg daun ketum

Kereta Proton Wira membawa 17 bungkusan plastik hitam mengandungi 170kg daun ketum dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut. - Foto Briged Utara PGA
A
A

KUALA PERLIS - Empat lelaki meninggalkan 170 kilogram (kg) daun ketum di dalam kereta sebelum melarikan diri dengan menaiki bot di Tali Air Tandop, Batu Putih di sini selepas menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kesemua suspek dipercayai menaiki bot berkenaan menuju ke perairan sempadan Thailand dalam kejadian jam 7.45 pagi, Khamis lepas.

"Semasa melakukan rondaan, anggota PGA melihat sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan lalu membuat keputusan untuk memeriksa dengan lebih lanjut.

"Menyedari kehadiran anggota PGA, seorang lelaki dipercayai pemandu kereta bertindak melarikan diri bersama tiga lelaki yang berada di dalam sebuah bot fiber berwarna putih menuju ke arah perairan sempadan Thailand menggunakan bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan telah menemui 17 bungkusan plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki ketum bernilai RM5,100.

"Semua barang kes dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam kes berasingan, Abdul Ghani berkata, anggota PGA berjaya memberkas dua lelaki tempatan berusia 54 dan 18 tahun yang membawa 25kg disyaki daun ketum di dalam sebuah guni berwarna putih di Batu Sempadan 8D, Pos Simpang Lima, Padang Besar pada Rabu lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!