X

Kindly register in order to view this article
!

Formasi 3-5-2 berkesan buat Gergasi Merah

Keadaan kelam kabut di depan gawang Sabah pada perlawanan berkenaan. - Foto FB FA Selangor
A
A

FORMASI 3-5-2 yang digunakan Selangor pada aksi CIMB Liga Super berdepan Sabah di Stadium Likas kelmarin ternyata berkesan apabila skuad Gergasi Merah itu berjaya bangkit untuk menewaskan skuad Tambadau itu 2-1.

Pengendali Selangor B.Sathianathan berkata, setelah ketinggalan 0-1 kepada lawan, kesebelasan pemain skuad Merah Kuning itu mula menyusun gerakan ke gawang Sabah dalam usaha menyamakan kedudukan.

Malah menurut Sathianathan, pujian harus diberikan kepada kesebelasan pemain yang dilihat tidak berputus asa mengatur asakan hingga berjaya menghasilkan gol penyamaan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, saya puji permainan yang ditunjukkan oleh pemain saya. Mereka bangkit dan itu yang kita nak dan mereka tidak berputus asa.

“Setelah berjaya dapatkan gol penyamaan, saya dah tahu kita akan jaringkan gol lagi. Saya puji kepada pemain saya, bukan kerana taktik saya; taktik saya semuanya lapuk kerana digunakan pada tahun 70-an dulu.

“Tetapi kalau ada yang kata formasi 3-5-2 ini tak masuk akal, kita berjaya dapatkan tiga mata (dengan menggunakan formasi ini) dan saya akan sentiasa cuba yang terbaik untuk Selangor. Itu sahaja,” katanya sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan berkenaan Sabah membuka jaringan menerusi penyerang importnya, Rodoljub Paunovic pada minit ke-65.

Bagaimanapun, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-72 dan seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke-80 bagi skuad Gergasi Merah itu membawa pulang tiga mata berharga.

Sementara itu pengendali Sabah Kurniawan Dwi Yulianto menyifatkan kegagalan komunikasi antara pemain menjadi punca kepada kekalahan berkenaan.

Katanya, biarpun berjaya mendahului lawan suatu ketika, namun akibat kesilapan sendiri lawan berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya menjaringkan gol kemenangan.

“Secara peribadi saya kecewa kerana kita sudah leading (mendahului) dan lawan kemudiannya berjaya menjaringkan gol akibat kesilapan kita sendiri.

“Biarpun sudah melakukan persiapan tetapi mungkin akibat miss communiciton (masalah komunikasi) menjadi punca kekalahan kita,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!