Terus pantau, beri pendidikan pencabulan integriti pilihan raya

Pengundi-pengundi menunaikan tanggung jawab membuang undi pada hari mengundi PRK Cameron Highland di SJK (C) Bertam Valley. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Pengundi-pengundi menunaikan tanggung jawab membuang undi pada hari mengundi PRK Cameron Highland di SJK (C) Bertam Valley. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa agar pemantauan dan pendidikan berterusan dilakukan bagi membenteras pencabulan integriti termasuk rasuah dalam pilihan raya.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan langkah-langkah tambahan dan inovatif sejajar perkembangan semasa demi membanteras gejala tidak sihat itu.

Justeru itu katanya, pemantauan dan pendidikan berterusan perlu dilakukan memandangkan isu berkaitan rasuah dan integriti melibatkan ahli politik masih gagal dibenteras sepenuhnya.

“MCW akan sentiasa menjadi mata dan telinga serta bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha tersebut,” katanya dalams atu kenyataan hari ini.

Jais berkata, rakyat sedang memerhati secara dekat segala tingkah laku dan perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan baru.

“Ini seharusnya menjadi pendorong kepada kerajaan untuk membuktikan komitmennya dalam memastikan langkah-langkah pemurnian amalan pilihan raya itu mencapai matlamatnya,” katanya.

Dalam pada itu Jais memberitahu, sekali pun berpuas hati dengan kelancaran perjalanan PRK Cameron Highlands, MCW berpendapat masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.

“Ini termasuk memastikan setiap calon, parti dan pihak-pihak yang terlibat memahami serta mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Kefahaman serta pematuhan itu dapat menzahirkan budaya politik yang lebih matang serta membolehkan penganjuran pilihan raya yang lebih baik lagi,” katanya lagi.

Jais menambah, seramai 10 anggota MCW terlibat sepanjang kempen PRK Cameron Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: SPRM siasat aktiviti politik wang

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, calon PRK Cameron Highlands dipantau!