Keputusan analisis sampel air tercemar diserah kepada JAS

Khairy semasa melawat pameran di Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau hari ini.
Khairy semasa melawat pameran di Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau hari ini.
A
A
A

REMBAU - Keputusan analisis sampel air mentah yang tercemar di kawasan Sungai Gong, Rawang sudah lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Jabatan Kimia telah menerima sampel air dari kilang yang disyaki melakukan pencemaran itu daripada JAS, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dianalisis.

"Laporan analisis kimia sudah siap dan kita telah pun serahkan kepada JAS, jadi biarlah JAS yang maklumkan apa keputusan analisis itu nanti.

"Saya tidak mahu mendahului mereka (JAS)," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Rembau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan keputusan analisis sampel air yang tercemar di kawasan Sungai Gong, Rawang.

Akibat pencemaran itu telah menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang sejak pagi kelmarin.

Pencemaran itu turut memberi kesan kepada sejumlah 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Artikel Berkaitan:

Kilang punca pencemaran Sungai Gong sudah disita

Empat beradik cemar Sungai Gong direman