Seekor lagi beruang matahari ditangkap

Beruang matahari yang ditangkap di Kampung Jenang, Marang pagi tadi akan dihantar ke Taman Negara Terengganu.
Beruang matahari yang ditangkap di Kampung Jenang, Marang pagi tadi akan dihantar ke Taman Negara Terengganu.
A
A
A

MARANG - Seekor lagi beruang matahari berjaya ditangkap di Kampung Jenang di sini setelah memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pagi tadi.

Beruang matahari betina seberat 70 kilogram itu memasuki perangkap kira-kira jam 5 pagi di belakang sebuah kediaman.

Seorang penduduk, Zulkefli Endut, 44, berkata, dia menyedari kehadiran beruang itu setelah terdengar bunyi bising di belakang rumah.

"Selepas beruang pertama yang masuk perangkap diambil Perhilitan pagi semalam, pihak mereka memasang perangkap kedua pada sebelah petangnya.

"Syukur kerana kedua-dua ekor beruang itu berjaya ditangkap. Saya berterima kasih kepada Perhilitan yang memberi respons dan tindakan yang cepat demi keselamatan orang kampung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, seekor beruang matahari jantan seberat 70 kilogram berusia lapan tahun berjaya masuk perangkap yang dipasang Perhilitan kira-kira jam 2 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Beruang matahari masuk perangkap

Mengulas lanjut, Zulkefli yang juga seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berkata, kedua-dua beruang itu mula mengganas sejak dua minggu lalu, dengan merosakkan tanaman kelapa dan menceroboh kawasan rumahnya.

Artikel Berkaitan:

Malah, dia mengalami kerugian lebih RM1,000 kerana tanaman kelapanya dirosakkan.

Zulkefli Endut
Zulkefli Endut

"Saya bimbang keselamatan isteri serta tiga anak, sebab itu saya hubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, beruang matahari atau nama saintifiknya helarctos malayanus yang ditangkap itu dianggarkan berusia lapan tahun dan akan dihantar ke Taman Negara Terengganu.