Skuad Jang lancar jersi baharu

Pemain Skuad Jang mengayakan jersi baharu semasa pelancaran di Mydin Seremban 2, tadi.
Pemain Skuad Jang mengayakan jersi baharu semasa pelancaran di Mydin Seremban 2, tadi.
A
A
A

JERSI baharu Skuad Jang ditaja oleh Rhino Southeast Asia (Rhino Sea) bagi musim 2019.

Jersi baharu tersebut didatangkan dengan tiga rekaan khas yang menarik dengan mengunakan warna kuning hitam untuk tuan rumah, merah untuk perlawanan di tempat lawan dan putih untuk seragam ketiga.

Pelancaran jersi baharu Skuad Jang disempurnakan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Pengerusi Rhino SEA, Nizamuddin Hamid dan Timbalan Presiden PBNS, Dr Razali Ab Malik.

Turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli jawatankuasa eksekutif PBNS, pemain psukan Piala Presiden, pemain pasukan Piala Belia PBNS, bekas pemain PBNS dan lebih 2,000 ultras Skuad Jang.

Artikel Berkaitan: