Tiada pencemaran di LRA Sungai Gapoi, kata JPNP

Laporan Sinar Harian mengenai aduan penduduk daripada 17 penempatan yang bimbang berlaku pencemaran air di LRA Sungai Gopai, Karak.
Laporan Sinar Harian mengenai aduan penduduk daripada 17 penempatan yang bimbang berlaku pencemaran air di LRA Sungai Gopai, Karak.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menafikan dakwaan penduduk dari 17 penempatan di Karak mengenai pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gopai, Karak.

JPNP melalui kenyataan hari ini menjelaskan air di LRA Sungai Gopai masih jernih dan tiada sebarang penutupan operasi loji selepas tinjauan beberapa hari lalu.

Menurut JPNP, syarat sudah ditetapkan supaya kawasan zon penampan alur air untuk sungai tidak dibenarkan aktiviti penebangan pokok dilakukan.

"Tinjauan juga mendapati pelesen masih mematuhi syarat cuma sebahagian kecil kawasan sungai yang terdapat sisa pembalakan," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan penduduk dari 17 penempatan di Karak menggesa campur tangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya menghentikan segera aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air Sungai Gapoi.

Penduduk khuatir kawasan pembalakan di Hutan Sungai Gapoi itu akan menjejaskan sumber utama air ke LRA Sungai Gapoi selain aktiviti yang tidak mendapat kelulusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantah pembalakan di Sungai Gapoi

Menurut kenyataan itu, aktiviti pembalakan itu membabitkan tanah kerajaan negeri seluas 674.9 hektar yang diuruskan kepada Syarikat Sri Jengka Sdn Bhd untuk projek pertanian kelapa sawit sejak 2015.

Artikel Berkaitan:

"Aktiviti pembalakan kemudiannya diluluskan JPNP melalui kelulusan secara dasar pada tahun 2013 dan MMK pada tahun 2015 melibatkan empat lesen seluas 257.5 hektar yang dilaksana secara berperingkat bermula pada 1 Disember 2019 sehingga kini.

"Keempat-empat kawasan lesen ini terletak berhampiran antara satu sama lain dan berkongsi balai pemeriksaan hutan sementara, matau serta penempatan pekerja," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan pihak JPNP tidak menerima aduan mahupun bantahan terutamanya daripada masyarakat orang asli Kampung Gapoi iaitu penempatan paling hampir dengan kawasan pembalakan tersebut.

Bagaimanapun, pelesen diingatkan mengambil tindakan penyelenggaraan lebih kerap terutama yang melibatkan jalan pengeluaran hutan dan zon penampan alur air bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar kawasan terlibat.

Penduduk mahu MB campur tangan isu pembalakan

Penduduk mahu MB campur tangan isu pembalakan BERITA SEMASA 3 SEPTEMBER 2020 Penduduk dari 17 penempatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menggesa campur tangan Menteri Besar Pahang supaya menghentikan segera aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Hutan Sungai Gapoi, lapor Wartawan Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #KitalahMalaysia #KekalNeutral

Posted by Sinar Harian on Thursday, September 3, 2020