Inisiatif Wonda Coffee edar sampel minuman tanpa sentuhan

Antara penggemar minuman Wonda Booster turut mencuba inisiatif baharu yang diperkenalkan.
Antara penggemar minuman Wonda Booster turut mencuba inisiatif baharu yang diperkenalkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam menghadapi normal baharu susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19), Wonda Coffee mengambil inisiatif tersendiri mengedarkan sampel minuman mereka tanpa melibatkan sentuhan dengan orang ramai.

Menerusi inisiatif itu, penggemar jenama Wonda Coffee di Lembah Klang berpeluang mencuba sampel minuman Wonda Booster tanpa perlu melibatkan sentuhan dengan jurujual produk tersebut.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T Sundaram berkata, menerusi pelaksanaan itu, pihaknya mengedarkan sampel minuman Wonda Booster menerusi peti sejuk minuman automatik yang baharu diperkenalkan.

“Apabila pengguna mendekati mesin ini, ia akan terbuka dan mereka boleh mengambil sampel minuman Wonda Boost yang diletakkan di dalamnya.

“Sehingga kini, sambutan daripada pengguna terhadap inisiatif kami ini amat memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Orang ramai beratur bagi menanti giliran untuk mendapat sampel minuman Wonda Booster.
Orang ramai beratur bagi menanti giliran untuk mendapat sampel minuman Wonda Booster.

Santharuban berkata, langkah yang diambil mereka itu merupakan usaha bagi mengurangkan sentuhan antara satu sama lain dalam membasmi penularan wabak Covid-19.

Sementara itu, seorang pengguna, Faiz Basar, 30, berkata, langkah diambil pihak pengurusan Wonda Coffee itu amat baik dalam mempromosikan produk mereka di samping melawan penularan Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan: