Tiga LRA sudah beroperasi semula

Keadaan LRA Sungai Selangor I di Bestari Jaya sebelum ini yang dihentikan operasi berikutan pencemaran bau. Gambar hiasan. - Foto Bernama
Keadaan LRA Sungai Selangor I di Bestari Jaya sebelum ini yang dihentikan operasi berikutan pencemaran bau. Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, dan 3 sudah beroperasi semula jam 10.30 malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebooknya lewat malam tadi.

Bagaimanapun, menurutnya, aktiviti pencucian dan 'flushing' akan dilaksanakan dan kualiti air terawat akan dipantau.

"Saya menerima makluman bahawa LRA SSP1, 2 dan 3 telah mula beroperasi secara berperingkat bermula jam 10.30 malam sebentar tadi (malam tadi).

"Pihak loji akan melaksanakan aktiviti pencucian dan 'flushing' pada proses rawatan terlibat serta memantau kualiti air terawat bagi mengelakkan sebarang impak pada pihak pengguna," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat loji rawatan air masih belum beroperasi semula

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini memaklumkan LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap sifar ton.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kesemua LRA terlibat hanya hanya mula beroperasi jika bacaan sifar ton diperoleh sebanyak tiga kali berturut-turut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, apabila mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari.

Terdahulu, sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi Khamis lalu susulan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan bekalan air itu berlaku selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti bertugas akibat pencemaran.

Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

ARTIKEL BERKAITAN: 1,292 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Tujuh kawasan alami gangguan bekalan air