Jangan perlekeh parti orang muda

No Image Caption
A
A
A

AWANG tak setuju pandangan Tun mantan Perdana Menteri bahawa parti orang muda tak boleh berjaya di negara ini.

Pada pendapat Awang, sekiranya dibuat dengan betul, parti orang muda akan jadi kuasa baharu politik Malaysia.

Selama ini semua perbincangan tentang PRU15 tertumpu pada keadaan sedia ada atau status quo kata orang putih.

Muafakat Nasional yang terdiri daripada UMNO dan Pas yakin mereka akan dapat tawan semula lebih 30 kerusi yang mereka kalah tipis akibat pertandingan tiga penjuru.

Nampaknya tidak ada parti yang ambil serius keputusan yang telah dibuat untuk turunkan had umur dari 21 ke 18 tahun.

Jumlah pengundi baharu akan bertambah sebanyak 7.8 juta orang dengan serta-merta!

Ini demografi baharu yang tak boleh dipandang ringan. Orang muda rata-rata tak ada kesetiaan politik pada mana-mana parti.

Mereka generasi baharu yang selalunya anti-establishment. Mereka tak kisah sejarah dan jasa mana-mana parti.

Artikel Berkaitan:

Ini generasi yang sangat bebas dan dibentuk oleh media sosial dan peralatan tercanggih dalam bidang komunikasi.

Awang rasa mungkin sebagai part politik, parti orang muda itu tak boleh menang kerusi begitu mudah tetapi mereka boleh ubah corak pemilihan dalam PRU15.

Ahli Parlimen Muar yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu ada strategi jangka panjang untuk tujuan ini.

Awang rasa masa depan gerakan politik anak muda amat cerah. Mereka akan beri pilihan baharu pada dinosaur politik yang ada sekarang.