Gangguan air: Perpustakaan negara tutup esok

Perpustakaan Negara Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menutup operasi perkhidmatannya esok (Sabtu) berikutan masalah gangguan air di sekitar Lembah Klang ketika ini.

Ketua Pengarah PNM, Maizan Ismail berkata, gangguan bekalan air itu menjejaskan perkhidmatan perpustakaan dan kerja-kerja sanitasi.

"PNM akan beroperasi semula seperti biasa pada Selasa (8 September ini)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Waktu operasi PNM ialah Selasa hingga Ahad, namun sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), operasinya dihadkan Selasa hingga Sabtu.

Isu pencemaran bau sehingga menjejaskan operasi Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang sejak pagi semalam menyebabkan 1.2 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak serta Kuala Langat mengalami gangguan.

Terdahulu hari ini, Air Selangor berkata, bekalan air hanya akan mula pulih sekurang-kurangnya empat hari selepas bacaan tahap pencemaran bau itu pada sifar ton yang perlu direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut.

Setakat hari ini, bacaan adalah pada satu ton berbanding tiga ton semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: