Parti anak muda beri saingan positif pada UMNO, kata Khairy

Khairy melakukan gimik pelancaran dengan melakukan aksi Muay Thai pada Majlis Pelancaran Geran Padanan Impak Sosial di Pusat Sains Negara hari ini. - Foto: Bernama
Khairy melakukan gimik pelancaran dengan melakukan aksi Muay Thai pada Majlis Pelancaran Geran Padanan Impak Sosial di Pusat Sains Negara hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penubuhan parti politik golongan muda dijangka memberi persaingan positif kepada parti-parti sedia ada khususnya sayap Pemuda UMNO, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, sistem negara demokrasi tidak menghalang mana-mana rakyat untuk menyertai atau menubuhkan parti politik selagi tidak melanggar undang-undang.

“Saya rasa antara asas negara demokrasi kita adalah persaingan bebas dan terbuka. Sesiapa sahaja bebas menubuhkan parti dan kita perlu mengalu-alukan mereka,” kata Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang media selepas melancarkan Geran Padanan Impak Sosial di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan orang muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia perlu iktiraf pemimpin muda: Syed Saddiq

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menyifatkan penubuhan parti itu sebagai isyarat kepada parti-parti politik sedia ada untuk bersaing secara sihat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tubuh parti baharu

Artikel Berkaitan: